Kopi Habbatus-Shah (Health Beverage)  

Posted by: el franck in


Kopi Habbatus-Shah (6 Dalam 1) -Campuran Habbatus Sauda, Oryza Sativa (Rumpai Laut Phymatolithon), Blended Coffee dan Non-Dairy Creame. Kombinasi Mineral Semulajadi Tingkatkan imunisasi badan Pembetukan Tulang Sihat.

Habbatus Sauda telah dibuktikan kehebatannya oleh saintis seluruh dunia. Ekstrak Habbatus Sauda ini kaya dengan asid lemak tak tepu yang mana tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Antara khasiat lain adalah meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu mencegah jangkitan kanser, mempunyai aktiviti anti-bakteria dan juga membantu mereka yang mempunyai penyakit asma.

Phymatolithon Calcareum diiekstrak dari rumpai laut yang mengandungi kalsium organik semula-jadi yang mudah diserap oleh badan. Kalsium organik ini mempunyai kebaikan yang dapat mengekalkan keremajaan tulang. Ia dapat membantu pembentukan tulang yang sihat.

Harga M'sia Barat : RM30.00 (8 BV) & M'sia Timur : RM34.00 (8 BV)
Kandungan : 22 gm x 10 sachets

Bioherba Aki Shah  

Posted by: el franck in


Bioherba Aki Shah ialah satu produk niutrasiutikal. Iaitu amalan pemakanan yang mempunyai kesan mencegah dan mengawal penyakit yang dirumus dengan 23 jenis herba. Ia merupakan ramuan warisan Datuk Mat Kilau ini telah dikaji secara saintifik. Ia mengandungi antioksidan yang bertindak sebagai penangkis kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, kerosakan sel serta mengelak penuaan kulit sebelum masa.

Siapa perlu mengamalkan Bioherba AkiShah
-Semua orang lelaki dan wanita
-Wanita yang ingin cantik dari dalam
-Banyak angin badan
-Mula merasa ada kemerosotan dalam fungsi tubuh badan
-Berumur 40 tahun ke atas
-Sebelum berurut atau melakukan proses kecantikan

Kesan & Khasiat Amalan
-Melegakan masalah sakit sendi, angin badan, dan bisa tulang
-Membantu mereka yang tidak lawas buang air
-Juga membantu mereka yang tahap glukos pada darah tinggi
-Membantu mereka yang tahap kolesterol tinggi
-Mencairkan darah oleh itu amat berfaedah kepada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi

Kandungan Bioherba Aki Shah


Harga M'sia Barat : RM25.00 (7 BV) & Harga M'sia Timur : RM30.00 (7 BV)
Kandungan : 60 kapsul

GSO Shah (Minyak Biji Anggur)  

Posted by: el franck in


GSO-Shah adalah Minyak Biji Anggur Perahan Sejuk. Ia adalah agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan membantu menguatkan sistem imun anda menurunkan kolasterol menghalang pembetukan darah beku memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.

GSO Shah (Grape Seeds Oil) adala Minyak Biji Anggur Perahan Sejuk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (MAL06081235TC) yang mengandungi fitonutrien khusus yang didapati di dalam anggur, dikenali sebagai Polifenol. Fitonutrien ini memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Pada tahun 1985, Prof. Jacques Masquelier mendapati polifenol yang terkandung di dalam anggur dan bijinya mengandungi Oligomere Proanthrocynanidin (OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan finotrien yang lain. OPC juga 50 kali melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengoksidan. OPC juga 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C. Biji anggur merupakan sumber terbaik fitonutrien termasuk sebatian fenolik seperti Catechin, Epicatechin, Vitamin E dan Lesitin.

Grape Seed Oil (Minyak Biji Anggur Perahan Sejuk) adalah semulajadi, serta tiada kesan sampingan. Nikmatilah kelebihan kandungan OPCnya yang tinggi iaitu satu agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun anda, menurunkan kolasterol, menghalang pembetukan darah beku dan memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.

Firman Allah bermaksud.”Kami adakan di bumi kebun-kebun yang berisi pohon-pohon kurma dan buah-buah anggur dan kami pancarkan di sana mata air, supaya mereka makan buah-buahnya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tiadakah mereka berterima kasih (kepada kami).”

Manafaat kesihatan OPC

Bertindak sebagai antiopengoksida yang unggul dengan melindungi sel di dalam badan daripada dimusnahkan oleh radikal bebas
- Menurunkan paras kolasterol LDL, dengan itu risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang
(serangan jantung, angin ahmar,edema dan trombosis
-Mengurangkan pengumpulan platelet, dengan itu menurunkan risiko arterioklerosis
-Meningkatkan kekuatan dan kekenyalan salur darah, melindunginya daripada pecah, kebocoran
dan degenerasi dalm badan.
-Merencat pembengkakan (ederma) dan keradangan.
-Melegakan masaalah berpunca daripada vena varikos.
-Mengurangkan ketidakselesaaan wanita berkaitan dengan PMS dan putus haid.
-Mengurangkan kecenderungan ke arah Retinopati Diabetes.
-Memperbaiki kesihatan kulit dengan mengurangkan kerosakan, meningkatkan bekalan nutrien
dan meningkatkan kekenyalannya.

Harga M'sia Barat : 100 ml - RM90.00 (10 BV) & M'sia Timur : RM100.00 (10 BV)
Harga M'sia Barat : 250 ml - RM178.00 (20 BV) & M'sia Timur : RM188.00 (20 BV)
Kandungan : 100ml dan 250 ml Kelulusan : MAL06081235TC

Puteri Collagen  

Posted by: el franck in


Puteri Collagen mempromosi anti-penuaan dan keremajaan kulit. Ia mengandungi Kollagen Ikan Frutafit Inulin Fructose Powder Asis Sitrik Aspatame Ekstrak Oren . Memperbaiki kualiti kulit, bertindak fiber diet, pembekal tenaga dalaman kepada otot, tisu, otak dan sistem urat saraf.

Kolagen (Collagen): Ia diperbuat dari tulang haiwan laut seperti ikan. Kolagen adalah kompleks dan mempunyai struktur protin yang dapat membantu menguatkan dan menganjalkan kulit. Ia mengandungi komposisi asid amino yang penting dengan membantu tubuh badan menghasilkan bekalan kolagen sendiri dan keperluan nutrien untuk membina semula kolagen-kolagen sel. Kolagen juga mengeluarkan oksigen yang diperlukan oleh proses penghasilan sel seterusnya mengekalkan keremajaan kulit. Ia juga mengandungi alanine yang berfungsi sebagai pembekal tenaga kepada otot-otot tisu, otak, sistem saraf pusat dan kekuatan imun sistem.

Fruktafit Inulin: Ia ada djumpai pada akar pelbagai tumbuhan. Ia memberi kesan minimum pada penyakit yang berkaitan gula dalam darah (kencing manis). “Low-density lipoprotein’ (LDL) adalah pembawa kolasterol utama dalam darah yang mana ia boleh membawa kepada penyakit ‘astherosclerosis’.

Fructosa: Ia adalah gula yang sangat manis yang terdapat di dalam kebanyakan buah dan madu. Ia selalu disarankan kepada pesakit diabetes mellitus kerana ia mempunyai paras Glycemic Index (GI) yang sangat rendah berbeza dengan gula tebu.

Asid Sitrik: Ia adalah asid organik yang lemah yang didapati dalam buah sitrus dan telah digunakan sebagai pengawet semuajadi. Asid Sitrik bertindak sebagai antioksidan yang membina sistem pertahanan badan manusia daripada kesan radikal bebas hasil metabolisma sel.

Aspatame: Ia mengandungi dua asid amino dan phenylalanine sebagai metil-ester. Asid amino adalah susunan blok-blok protin. Ia merupakan gula rendah kalori dalam makanan dan boleh dikurangkan serta disingkirkan dengan aspatame. Aspartame akan dipecahkan kepada 3 komponen (asid aspartik, phenilalanine dan sedikit methanol) yang mana ia akan menyerap ke dalam darah a digunakan alam proses biasa dalam badan. Komponen-komponen ini digunakan di dalam tubuh badan dengan cara yang sama yang diperolehi daripada makanan biasa.

Ektrak Oren: Ia diperbuat dari pati oren. Ia digunakan untuk merawat penyakit dalam usus, insomnia, sakit kepada dan obsesiti. Ia juga mengandungi beberapa sebatian kimia yang dipercayai boleh meningkatkan kadar metabolisma yang mana akan mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam badan.

Harga M'sia Barat : RM60.00 (22 BV) & Harga M'sia Timur : RM66.00 (15 BV)
Kandungan : 8 gm x 15 sachets

Phaseo-Shah  

Posted by: el franck in


Phaseo-Shah membantu diet dan Pengurangan berat badan. Ia mengandungi White Kidney Bean (Phaseous Vulgaris) yang disediakan secara tradisional. Ia mencegah penambahan lemak, mencegah osteoporosis Ianya khusus untuk orang dewasa.

White Kidney Bean (Phaseo-Shah Capsule) : Bijiannnya mengandungi sulfur dan digunakan secara tradisional untuk mengurangkan berat badan. Dari segi saintifik, ia digunakan untuk menghalang pembetukan kanji iaitu menghalang penghasilan enzim pencernaan alpha amulase yang diperlukan dalam metabolisma karbohidrat kanji kompleks. Karbohidrat kanji akan dipecahkan kepada unit-unit kecil yang dipanggil dextrin yang mana kemudiannya dipecahkan ke dalam bentuk glukosa sebagai tenaga.Ia disimpan dalam tisu-tisu otot atau hati sebagai glikogen yang kemudiannya ditukar kepada lipid dan disimpan dalam bentuk lemak. Kidney bean menghalang karbohidrat daripada bertukar kepada lemak dengan cara mengeluarkan lemak daripada badan sebelum ia memasuki saluran darah. Oleh itu ia dapat memberikan kesan yang memuaskan untuk pengurangan berat badan.

Harga M'sia Barat : RM57.00 (20 BV) & Harga M'sia Timur : RM63.00 (15 BV)
Kandungan : 30 kapsul Kelulusan : (MAL06041512TC)

Aqua-Shah  

Posted by: el franck in


Aqua-Shah ialah pembekal pelbagai mineral. IIa mengandungi Aquamin (Phymatolithon Calcerum) yang disediakan secara tradisional. Ia kaya dengan Kalsium & Magnesium dan 70 mineral pernting Berkhasiat untuk tulang Mencegah osteoporosis Ianya khusus untuk orang dewasa.

Aquamin (Phymatolithon Calcerum) : Ia adalah sejenis rumpair air yang unik dari pelbagai jenis mineral. Ia kaya dengan kandungan kalsium, magnesium dan lebih 70 jenis mineral penting. Ia adalah sejenis rumpair organik.. Magnesium digunakan dalam proses metabolisma kalsium dan penukaran bentuk Vitamin D kepada bentuk aktif. Magnesium memainkan peranan penting dalam membawa kalsium ke dalam dan ke luar sel untuk ketabilan tulang.. Kalsium yang terdapat di dalam Aquamin sangat penting dalam mengekalkan kestabilan tulang, menghalang osteoporosis dan mengelakkan lain-lain penyakit berkaitan kekurangan kalsium.

Harga M'sia Barat : RM57.00 (20 BV) & Harga M'sia Timur : RM63.00 (15 BV)
Kandungan : 30 kapsul Kelulusan : (MAL06041512TC)

G-Honey Booster  

Posted by: el franck in


G-Honey Booster meningkatkan kecerdasan minda. Ia adalah produk campuran madu, ginkgo, kurma, kismis, grape seed oil, badam dan pelbagai herba. Membekalkan oksigen ke otak Menguatkan daya ingatan Merangsang perubahan sikap. G-Booster adalah salah satu produk dari pengialngan IMP (Islamic Manufacturing Practice).

Otak
adalah terdiri dari 2% berat badan manusia dan memerlukan maksima oksigen sebanyak 20%untuk dihantar melalui aliran darah. Bekalan oksigen akan menjadi lemah bilamana manusia terlalu banyak berehat di sepanjang malam. Pemakanan berkhasiat diperlukan waktu pagi untuk membina semula bekalan oksigen yang akan di gunakan sepanjang hari. Produk minda ini di rumus khas sebagai pemakanan kesihatan berkhasiat yang boleh membekalkan oksigen ke otak disamping boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

Madu: mempunyai kemampuan untuk membekalkan oksigen dalam darah khususnya ke otak dan keseluruh badan. Madu juga terkenal sebagai makanan untuk meningkatkan kesihatan dan membekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang hari, kerana Madu mengandungi zat ferment, vitamin, mineral, asid amino, hormon, zat bakterisidal dan bahan-bahan aromatik yang diperlukan oleh badan manusia.

Ekstrak Ginkgo Bibola: piawainya mengandungi tidak kurang daripada 24% ginkgo flavon glikosida dan 6% terpene lakton adalah aktif tumbuh-tumbuhan yang berupaya memperbaiki peredaran darah ke otak dan bahagian hujung badan termasuk telinga, jari-jari kaki dan tangan. Ginkgo biloba diiktiraf sebagai tonik otak yang memberkuatkan ingatan disebabkan kesan positifnya terhadap vaskular sistem, terutamanya cerebellum. Ia juga digunakan untuk merawat ventigo, tinnitus (bunyi pada telinga) dan pelbagai masalah neuro dan pusingan darah. Banyak spesis herba jenis ginkgo boleh membantu melambatkan proses penuaan, termasuk lemah otak, fikiran dan kekurangan tenaga. Kajian selama lebih 30 tahun, lebih dari 400 pharmacological mendapati ginkgo bukan sahaja membantu membekalkan oksigen ke otak dan nervous system tetapi ia juga bersifat antioksidan. Ginkgo mengawal transfomasi kolesterol yang dikaitkan dengan kekuatan arteri jangtung. Kurma madu: mengandungi 72% karbohydrate, peratus tertinggi gula dalam buah kering, sumber terbaik untuk kalsium, magnesium, phosphorus dan vitamin B6 dan ia dikenali kaya dengan zat makanan fibre.

Ekstrak Kismis : ada dinyatakan dalam kitab Tibb Nabawi, Imam Zuhri menyatakan sesiapa yang ingin menghafaz Hadis hendaklah lazim makan zabib (kismis).

Minyak Biji Anggur: bersifat antioksidan. Dalam kajian yang telah di edarkan dalam tahun 1993 di Journal of the American College of Cardiology, Dr. Nash mendapati bahawa sekumpulan lelaki dan wanita telah menurun jumlah kolesterol/HDL sebanyak 15.6% dan jumlah LDL/HDL pula menurun sebanyak 15.3% yang kemungkinan akan mengalami risiko sakit jantung kerana mengamalkan pengambilan grape seed oil. Nota: Low-density lipoproteins (LDL) High-density lipoproteins (HDL).

Badam : dikenali dari biji keluarga buah batu, kaya dengan nutrient, vitamin E, mono unsaturated fatty asid(MUFA), protin dan dietary fibre. Kajian yang telah dibuat beberapa abad telah mendapati badam boleh menurunkan kolesteral, mencegah sakit jantung dan kencing manis.


Harga M'sia Barat : RM60.00 (25 BV) & Harga M'sia Timur : RM66.00 (25 BV)
Kandungan : 100 ml

Jus Kurma Ajwah (Kurma Nabi)  

Posted by: el franck in


Jus Kurma meningkatkan kesihatan dan Tenaga. Ia adaah satu jenis pemakanan yang dihasilkan daripada 4 jenis makanan utama iaitu Kurma berkualiti tinggi (Kurma Ajwah), Madu, Habbatus Sauda' dan Kismis. Ia penting untuk membantu mengatasi masalah kesihatan, kecerdasan minda dan menjana tenaga berpanjangan.

Jus Ajwah adalah gabungan makanan Sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis. Selain dari Kurma terdapat juga madu, kismis dan habbatus sada’.

Madu: Maksud Surah An-Nahl Ayat 68-69.”Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari badannya yang mengandungi penawar daripada berbagai-bagai penyakit.”

Kismis: Dinyatakan di dalam kitab “At-Tib an-Nabawi” (perubatan nabi) dalam hadis yang bermaksud: ”Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat-saraf, meredakan kemarahan, menceahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.”

Habbatus Sauda’: Didalam kitab Sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda:”Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sauda ini kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

Kurma - Dari Segi Kesihatan: Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya.”

Kurma - Dari Segi Kecerdasan Minda: Maksud Firman Allah dalam Surah Maryam, Ayat 25-26 yang bermaksud ”Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu kearah kamu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

Kurma - Dari Tenaga dan Kecergasan: Allah S.W.T menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan senantiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s. kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak

Kurma -Dari Segi Keperibadian: Maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kurma - Dari Segi Keberkatan: Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. berkata:”Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.

Kurma - Dari Segi Kesempurnaan Makanan: Maksud Sabda Rasulullah s.a.w:” Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.” Dengan sebab itu, Prof. Madya Aishah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.

Harga M'sia Barat : RM60.00 (25 BV) & Harga M'sia Timur : RM66.00 (25 BV)
Kandungan : 250 ml


Kismis Doa Fuqaha  

Posted by: el franck in


Kismis Doa yang telah didoakan oleh al-Ust Mohd Khairuddin at-Takiri dengan bacaan ayat penawar daripada al-Qur'an dan doa daripada Hadis Nabi SAW. Kismis adalah makanan yang baik untuk ketajaman minda dan kecergasan berfikir, mencegah penyakit lupa dan nyanyuk di kala tua, menguatkan hati dan limpa serta perut. kata Imam Zahabi, sesiapa yang ingin menghafaz Hadis hendaklah dia makan buah kismis"

Harga
Semenanjung Malaysia:RM10.00
Sabah / Sarawak:RM12.00
Kandungan :250 gram

Kopi Goji  

Posted by: el franck in


Khasiat GOJI dapat membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Khasiat GOJI secara khususnya dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan, sakit kepala dan apa yang paling penting ia mampu menambah kekuatan seksual dan merawat masalah seksual sekiranya ada keserasian tubuh InsyaAllah.

Antara SEBAB KENAPA KITA PERLU AMBIL GOJI - KAJIAN DR EARL MINDELL

  • Membantu Memanjangkan Umur
  • Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Fizikal
  • Kelihatan/Rasa Muda
  • Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
  • Anti Kanser
  • Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat
  • Mengimbangi Paras Glukos dan Mengawal Penyakit Diabetes
  • Meningkatkan Libido dan Fungsi Seksual
  • Mengurangkan Berat Bada
  • Melegakan Sakit Kepala dan Pening (Dizziness)
  • Tidur Nyenyak
  • Memperbaiki Kualiti Penglihatan
  • Menguatkan Jantung
  • Menghalang Peroksidasi Lipid
  • Tahan Penyakit
  • Meningkatkan Respon Imun
  • Kawal dan Lawan Kanser
  • Melindungi DNA(informasi genetik)
  • Menghalang Pertumbuhan Tumor
  • Mengurangkan Kesan Toksik rawatan Kimoterapi (Chemotherapy)
  • Penghasilan Darah yang Kuat/Berkualiti
  • Meningkatkan Jumlah Lymphocyte
  • Anti Pembengkakkan dan Anti-Arthritis
  • Menyokong Hati
  • Merawat Simtom Menopause
  • Mengurangkan Alahan Mengandung (Morning Sickness)
  • Meningkatkan Kesuburan
  • Menguatkan Otot dan Tulang
  • Menyokong Kesihatan Buah Pinggang
  • Menguatkan Daya Ingatan
  • Membantu Mengurangkan Batuk
  • Meredakan Kemurungan dan Tekanan
  • Membantu Penghadaman

Harga
Semenanjung Malaysia:RM33.00




Kandungan :30 sachet x 25 gm

Jus Untukmu Puteri  

Posted by: el franck in


Mengandungi kandungan asas yang sama dengan jus D'HatiKu tetapi ditambah dengan bahan lain seperti manjakani, kacip Fatimah dan lobata/pueraria mirifica menjadikan jus ini khusus untuk wanita.

Khasiat Jus Untukmu Puteri:

  • Mempercepatkan dan melancarkan proses kelahiran bayi
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan
  • Membantu melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Mencegah pembikan sel pra-kanser
  • Membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin
  • Boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim
  • Boleh melambatkan proses penuaan sel
  • Menganjalkan kulit yang telah melendut
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
  • Menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
  • Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
  • Membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj
  • Memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata
Harga
Semenanjung Malaysia:RM49.90
Sabah / Sarawak:RM59.90

Kandungan :200 ml

Jus Dhatiku  

Posted by: el franck in


  1. JUS ANJURAN PEMAKANAN SUNNAH RASULILLAH
  2. JALINAN PENAWAR FIZIKAL & SPIRITUAL
  3. RUMUSAN HERBA DAN BUAH-BUAHAN TERPILIH DENGAN PENGILANGAN BERASASKAN ISLAM
  4. BERKHASIAT UNTUK MERAWAT FIZIKAL & SPIRITUAL YANG SAKIT
  5. BERKHASIAT UNTUK SEISI KELUARGA DI SEMUA PRINGKAT UMUR
  6. KE ARAH MEMBENTUK KESIHATAN
  7. FIZIKAL DAN KESUCIAN ROHANI
  8. KE ARAH MELAHIRKAN UMMAT YANG SIHAT DAN JIWA YANG SOLEH

Khasiat Jus D'HatiKu:

  • Mensucikan jiwa dengan pemakanan sunnah
  • Merawat rohani yang sakit dengan makanan yang diproses berasaskan amalan pengilangan Islam
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membekalkan oksigen ke dalam badan
  • Menambah tenaga
  • Membuang toksin dari badan

Jus D’hatiku juga MERAWAT SPIRITUAL YANG SAKIT yang selalu melakukan maksiat dan malas beribadah menerusi makanan yang baik berstatus “tayyib” dengan proses pengilangan yang baik lagi soleh. PROSES PENGILANGAN SECARA ISLAM memberi kesan yang besar kepada spiritual makanan yang dimakan.

Ini dijelaskan oleh baginda bersabda dalam satu hadis sahih bermaksud:

Wahai sekelian manusia. Sesungguhnya Allah adalah baik tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman dengan perintah yang sama kepada para Rasul. Justeru itu Allah berfirman bermaksud:

“Wahai para Rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh.” (surah al-Mu`minun; 51)

Allah juga berfirman bermaksud:

“wahai orang-orang beriman, makanlah kamu daripada yang baik-baik daripada apa yang kami rezkikan kepada kamu.” (surah al-Baqarah; 172)

BAHAN-BAHAN DAN RAMUAN JUS D’HATIKU

Jus Berasaskan Sunnah merupakan jus rumusan Jalinan 2 Penawar iaitu Penawar Fizikal & PENAWAR SPIRITUAL.

PENAWAR FIZIKAL adalah menerusi rumusan makanan anjuran Sunnah iaitu Madu, Kurma, Habbatussauda dan Buah Tin di samping herba dan buahan terpilih terdiri daripada Safron, Aloe Vera, Kolagen dan buah Goji dan Penawar Spiritual

PENAWAR SPIRITUAL pula adalah menerusi standard “Amalan Pengilangan Islam” (IMP-Islamic manufacturing Practice)

Jus d’hatiku PENAWAR FIZIKAL & SPIRITUAL dikemukakan kepada masyarakat sebagai menyahut seruan Hadis Nabi saw bermaksud:

“berpeganglah kamu dengan dua penawar Madu dan al-Qur’an” (Hadis Sahih riwayat al-Hakim).

MADU ADALAH SIMBOLIK BAGI PENAWAR FIZIKAL. Di dalam hadis-hadis yang lain terdapat lagi beberapa makanan berkhasiat anjuran Sunnah Rasulillah saw antaranya Kurma dan Habbatus Sauda’. Al-Qur’an pula menyebut tentang buah Tin. Makanan Sunnah terdiri daripada Madu, Kurma, Buah Tin dan Habbatus sauda’ telah terbukti khasiatnya menerusi kajian-kajian saintifik dan diperakui oleh pakar-pakar pemakanan.

AL-QUR’AN PULA ADALAH SIMBOLIK KEPADA PENAWAR SPIRITUAL. Manefistasi kepada al-Qur’an ialah “Amalan Pengilangan Islam” iaitu amalan pengilangan berasaskan Islam yang bukan sahaja menitik beratkan kebersihan dan kesucian bahan-bahan yang digunakan sebagai Jus d’hatiku , tetapi yang lebih penting ialah kesucian jiwa dan hati para petugas yang menyediakan rumusan jus ini. Kesucian jiwa mereka digilap menerusi amalan solat berjamaah, amalan baca al-Qur’an, amalan solat sunat dhuha dan lain-lainnya dan amalan tazkirah. Sepanjang proses pengilangan berjalan para petugas sentiasa dalam keadaan berwudu’ sebagai satu usaha penyucian jiwa dan perasaan yang berterusan. Proses pengilangan seumpama ini mendatangkan “BARAKAH” yang berterusan untuk Jus ini InsyaAllah.

Jalinan Penawar Fizikal dan Spiritual inilah menjadikan jus D’hatiku sangat baik, berkhasiat untuk kesihatan fizikal dan kesucian jiwa.

FAKTA GOJI

Goji merupakan sejenis beri yang kaya dengan antioxidant,. Produk makanan mahupun minuman berasaskan goji adalah sangat baik untuk tubuh badan. Di daerah Zhongning di China penduduknya yang mengamalkan Goji sebagai makanan harian melewati usia sehingga 100 tahun.

FAKTA KURMA

Kurma mengandungi khasiat yang tinggi. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat, gula, fostorus, sodium, potassium, vitamin A dan C. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat hampir 4 %. Kurma tidak mengandungi kolestrol atau lemak.

FAKTA MADU

Madu disebut oleh al-Qur’an dan Sunnah rasulillah sebagai makanan berkhaasiat yang boleh menjadi penawar bagi manusia. Ia mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprumk, magnesium, phosporus, potassium, sodium, dan zink. Madu lebah juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusiayang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Harga
Semenanjung Malaysia:RM39.90
Sabah / Sarawak:RM49.90
Kandungan :250 ml

Nota: Jus D'Hatiku sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi, ibu mengandung & menyusukn dan orang tua.



Ikuti bual bicara eksklusif bersama Ustaz Khairuddin Aman Razali At-Takiri, pengasas jus D'HatiKu di RADIO IKIM setiap Rabu 11.15-11.45 pagi.

halal park  

Posted by: el franck in

Blog ini di buat bertujuan untuk mempromosikan sebuah kedai yg baru dibuka di Pasar Moden Seksyen 28, Shah Alam Selangor.
Kedai yg diberi nama Halal Park ini telah pun mula beroperasi sejak minggu lalu..antara barangan yg dijual adalah produk-produk makanan kesihatan dan juga kecantikan yg di buat serta di proses menggunakan kaedah IMP atau lebih dikenali sebagai Islamic Manufacturing Process.
Sebarang pertanyaan dan tempahan barangan yg berkaitan bolehlah ditanya menerusi blog ini.


*utk mereka yg tinggal di sekitar Shah Alam, perkhidmatan penghantaran adalah disediakan..dan percuma jika belian anda melebihi RM100.